Inilah lawatan kami ke salah satu muzium yang tersohor di Wales. Muzium terbuka ini mengenengahkan kehidupan penduduk purba Wales. Kami agak teruja juga ...rupanya taklah jauh bezanya seperti kehidupan nenek moyang kita dahulu. Cuba terbayangkan ...mereka hidup di dunia empat musim, pastinya lebih perit diwaktu musim sejuk! Cuma bergantung dengan unggun kayu api...sekarang yang sudah ada kemudahan bermacam2 pun asyik mengeluh kesejukan (biarpun suhu taklah sesejuk dahulu dek kerana pemanasan global) :->
Anak-anak pun 'appreciate' lawatan ini. Izzah dan Hafiz dah pernah datang kesini dengan lawatan sekolah mereka .... tourist guide? Tak juga :groucho: Walauapapun, ketika lawatan ini kami terkenang muzium kecil di pekan Sabak yang mempamerkan kehidupan penduduk daerah berkenaan. Usaha ini patut di promosikan lagi kepringkat nasional ... jadikanlah salah satu tarikan pelancong ... macam kita org disini, orang luar mesti nak tahu cara kehidupan kita dulu. Seterusnya majulah pekan ku Sabak :horay: